Nuffnang Ads

Friday 20 December 2013

Rahsia kejayaan para peniaga

Nak tau tak rahsia untuk berjaya dalam bisnes??  nak berjaya mesti ada rahsianya..tak semua yang berbisnes tue terus berjaya..mesti ada cabaran dan dugaan dan pegangan mereka sebelum betul-betul berjaya..

Kali nie akma nak share rahsia 3T dalam bisnes:

1) TEKAD
Untuk memulakan perniagaaan, seseorang perlu tekad yang kuat untuk berbisnes. Tekad nie ada hubungan rapat dengan keazaman, kesungguhan dan keteguhan dari segi sikap. Tekad mempunyai kaitan dengan keyakinan seseorang terhadap keputusan dan langkah yang diambil. Untuk memiliki tekad yang jelas, seseorang perlu mempunyai cita-cita dan meletakkan harapan yaBng tinggi terhadap perkara yang hendak dilakukan, perlu ada target dan sasaran yang hendak dicapai dalam tempoh tertentu. Untuk mencapainya perlukan fokus dan tumpuan yang penuh. Gabungan daripada tiga elemen ini ialah cita-cita, target dan fokus akan membentuk tekad yang kuat.

2) TEKUN
Perlu tekun dengan usaha dan bidang yang diterokai. Maksud tekun tue bukan semata-mata rajin dan kuat kerja je tapi jugak kena usaha berterusan dengan penuh minat, komitmen dan berhemah. Mereka yang tekun akan mengambil kira segala aspek dan membuat pertimbangan dengan cermat. Mereka akan menggunakan segala sumber dengan sebaik mungkin dan tidak membazirkan wang, tenaga serta masa dengan sia-sia tanpa sebarang manfaat.

3) TABAH
Sikap tabah perlu dimiliki bagi memastikan semangat dan tekadnya terus membara. Tanpa ketabahan, seseorang akan hilang ketekunannya lebih-lebih lagi apabila segala usaha tidak memberikan hasil seperti mana diharapkan. Dengan memiliki ketabahan, seseorang akan sanggup berdepan dengan kesusahan dan tidak putus harapan. Ketabahan memerlukan pengorbanan dan kesanggupan seseorang untuk melepaskan keselesaan sementara bagi mencapai kesenangan yang berpanjangan.


Keputihan dan cara atasinya

Keputihan merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kaum wanita. Boleh dikatakan masalah keputihan menjadi masalah yang kedua selepas gangguan haid dan istihadah.

Wanita biasa mengeluarkan keputihan atau discharge selepas mencapai akil baligh. Keadaan ini disebabkan oleh kesan daripada ransangan hormon  pada servik dan faraj. Apabila keputihan ini tidak memberi apa-apa kesan atau simptom seperti gatal ataupun berbau busuk, maka ia adalah keputihan yang biasa dialami oleh wanita. Selepas haid, cecair yang keluar selalunya sedikit dan pekat ataupun kering.

Semakin hampir wanita kepada masa suburnya, keputihan ini menjadi semakin banyak dan semakin basah. Cecair ini biasanya menyerupai telur putih yang belum masak dan ia melekit. Cecair begini menunjukkan wanita itu subur. Selepas dua hingga tiga hari, cecair itu berubah menjadi pekat dan kering semula sehingga kedatangan haid yang seterusnya.

Apabila mempunyai tanda-tanda seperti gatal dan berbau busuk, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya.



Selain mendapatkan rawatan dengan berjumpa doktor, anda juga boleh merawat masalah keputihan dengan mencuba produk yang bernama ALFALFA sejenis vitamin berasaskan herba keluaran SHAKLEE.

Jom lihat testimoni dari pengguna ALFALFA untuk merawat keputihan:

TESTIMONI:












Jika berminat, sila hubungi saya:
sms/ wassup/ wechat:
013-2408853 AKMA

Tuesday 17 December 2013

Holiday mode

Assalamualaikum semua...
Mode bercuti sekarang nie..jadi kat fb tue macam sunyi la sikit..Bukanla bercuti sangat pun..Kebetulan anak-anak buah nak bertunang langsung la p berjalan2 kat kuantan dan sekitarnya..Malam sebelum p tu dah telan Ostematrix siap2 sbb

Jumaat pagi bertolak dr SP kul 9.30pg..tersangkut jem kat sg dua sampai la susur ke penang bridge..pastu lancar ja perjalanan..berhenti makan kat R&R Semanggol pstu trus lagi sampai la ke mana ntah xingt hehe..mandikan qaleesya bli minuman sambung lagi sampai ke bandar baru batang kali isi minyak sbb nak daki genting..last berenti kat temerloh ke toilet pastu trus pecut ke Felda Lepar Hilir 4 umah kkak..Alhamdulillah selamat sampai pkul 5.30..rasa macam lain jer sebab sampai awal n masih siang..hehe

Esoknya Sabtu 14 Dis majlis bertunang anak kedua kkak Nurul Amalina..sibuk sangat smpai tak sempat jenguk fb..Alhamdulillah majlis berjalan lancar..


Ahad 15 Dis pergi meminang tu anak buah sorang lagi..adik kepada Nurul Amalina..juga berjalan lancar..

Selesai majlis meminang tue sempat lagi p berjalan-jalan ke Bukit Gambang Safari Park..Syok la jugak walaupun penat..Qaleesya lg hepi dapat tgk banyak binatang..teruja sangat...Malam sambung lagi tengok show malam n sambing lagi ke night safari..

Harini pun berjalan lagi ingatkan nak jalan2 ke Kuantan..Last2 sampai ke Kemaman..hehe..sempat la beli keropok2 kat sana n bli keropok lekor asli..mmg sedappp...

Dah balik nie dengan penat dan full perut, japg telan oste + omega n alfalfa...bakauuu segala lemak2 dalam badan n nak hilangkan lenguh2 badan nie...

















posted from Bloggeroid

Friday 13 December 2013

Resipi Spaghetti untuk si manja

Sekali sekala jom kita belajar buat sesuatu untuk si anak..Cuba buat something yang interesting supaya dapat tarik minat anak-anak untuk makan..Jadi kali nie akma nak share resipi Spaghetti (diambil dari majalah Pa&Ma edisi Disember)

(Gambar credit to pakcik google)

Bahan-bahan:

1.5kg pasta
800g keju parmesan
1.2kg daging ayam cincang
250g tomato concase
10g thyme herbs
10mg bawang besar
10g bawang putih
40g seleri
40g lobak merah
10g garam
10g serbuk lada putih
200g pes tomato
2 keping daun bay
10ml minyak jagung

Untuk hiasan:
Keja parmesan yang diparut
10g parsley yang dicincang

Cara-cara:
1. Celur pasta sehingga masak dan biarkan sehingga sejuk
2. Tumis semua bahan menjadi lembut dan bertukar warna.
3. Tuangkan tomato concase dan pes tomato. Masukkan pula daging ayam cincang dan gaul sebati.
4. Tambahkan garam, serbuk lada putih untuk rasa yang secukupnya.
5. Hidangkan dengan keju parmesan yang diparut bersama parsley sebagai hiasan.

Taraaaa..dah pun siap..Senang jer main campak2 jer..mesti anak-anak suka :-)

Kalau mommies ada masalah anak memilih makan atau taknak makan, mommies disarankan anak
ambil Mealsahke untuk anak-anak...InsyaAllah dapat bantu masalah nie




Berminat untuk dapatkan produk Shaklee??
PM/ sms/wassup/wechat: 013-240 8853 (AKMA)




Thursday 12 December 2013

Tips Kekal Segar Lepas Bersalin

Setiap wanita lepas bersalin mesti kena lalui proses pemulihan. Ini untuk pastikan badan kembali segar dan sihat semula luar dan dalam. Selain urutan dan mandian herba, mommies perlu ambil beberapa sumber makanan yang berkhasiat supaya badan kembali segar.Antara makanan yang boleh diambil termasuklah:

Madu


Boleh bantu meredakan kerisauan dan meningkatkan daya ingatan. Selain itu dapat bantu cepatkan luka bahagian dibedah dan luka histerektomi (bersalin normal). Dalam madu nia ada antibakteria semulajadi, Vitamin Cdan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak. Madu juga dapat beri tenaga, tambah darah dan selera makan, mengurang dan mengawal kolesterol.

Serai Wangi


Menghilangkan bau hanyir dan bau badan lepas bersalin, menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit. Aroma daun tue umpama terapi dan dapat hilangkan stress juga dapat memanaskan badan yang sejuk-sejuk.

Halia


Bantu penghadaman makanan dan elakkan sembelit, buang angin dalam usus besar dan usus kecil, buang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum, dan hilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran apabila telah dimakan dan diminum.

Sirih


Bahan pencuci pada bahagian vagina merawat keputihan, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria. Juga membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan, menghilangkan gatal-gatal kulit seperti kayap dan kurap dan meneutralkan bau nadan, bau mulut, bau bahagian sulit.

Selain dari madu dan herba-herba, VITAMIN juga dapat membantu mommies yang baru lepas bersalin.]

Zat Besi

Mommies bersalin telah banyak kehilangan darah jadi mommies perlu ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat ganti semula darah yang keluar semasa proses melahirkan baby. Zat besi sangat la penting dalam pembentukan sel darah merah. Kalau zat besi kurang boleh sebabkan mommies kelihatan pucat, letih, lesu dan tak bermaya. Bagi mommies yang nak breastfeed baby kena make sure pengambilan zat besi dititikberatkan.

B Complex

Juga merupakan pengambilan sel darah merah disamping bantu stabilkan hormon badan. Kalau kurang B complex boleh sebabkan mommies yang dalam tempoh berpantang alami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex boleh bantu badan lebih bertenaga dan seimbangkan emosi.

Vitamin C

Berkonsepkan pelepasan masa dengan melepaskan vitamin C sikit demi sikitikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air makan konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam bantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zink

Antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zink bantu cepatkan proses baik luka dalam badan. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zink. Pengambilan zink bagi mommies yang bf baby sangat penting sebab dapat bantu baby membesar dengan baik.

Dari mana mommies semua boleh dapatkan vitamin-vitamin nie? Dah tentu lah dari Shaklee..Semua Vitamin tue ada dalam produk-produk Shaklee..Cuba tengok kat bawah ni:




Jom tengok testimoni pulak:



























Wednesday 11 December 2013

Tips Cepat HAMIL

Assalamu'alaikum....Salam Sejahtera semua....
Sihat ke harini?? Harap2 semua sihat la yer..hujung tahun camni time cuti sekolah mesti ada banyak planning kan? Pastue time2 cuti panjang camnie banyak la yang nak langsungkan majlis perkahwinan..Sana sini tengok kenduri kahwin..meriah betul..



Baru-baru nie akma balik kampung dalam perjalanan tue dekat 10 buah kenduri..hihi banyaknya..jenuh makan..Bila dah selesai berkenduri kendara nie sampai masa mesti ramai yang rancang nak baby plak..ada yang bernasib baik lepas kawen trus bunting pelamin..Tapi ada juga yang Allah uji bagi lambat sikit..Mungkin ada kat sini yang masih dok cuba nak dapatkan baby tue bolehla tengok tips untuk bagi cepat pregnant..kita hanya usaha Allah yang akan tentukan..cubala, ikhtiar pastu jangan lupa doa minta pada-Nya...



 BERAT BADAN
Dapatkan berat badan yang IDEAL sebab kalau berat badan yang terlalu berat atau terlalu kurus, boleh jadi punca pada masalah kesuburan. Jadi sangatlah penting untuk tau BMI kita. BMI normal antara 20-24..Jangan lupa yer nanti p timbang n ukur tinggi pastu kira BMI.

 WAKTU SUBUR
Hari subur cuma EMPAT hingga LIMA hari sahaja sebulan. Kalau kita tau hari subur dengan TEPAT, maka peluang untuk hamil boleh ditingkatkan. Kalau haid tetap tiap-tiap bulan senang nak kira waktu subur nie, kalau tak tetap boleh beli kit ovulasi kat farmasi kalau nak ramal hari subur dengan tepat.

 HUBUNGAN INTIM
Lalukan hubungan intim dengan KERAP (3-4 kali seminggu) adalah disarankan terutamanya pada waktu subur. Sesetengah posisi boleh bantu ada hamil seperti posisi suami di atas.

 MULTIVITAMIN
Disarankan mengambil multivatamin termasuk ASID FOLIK untuk kurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan ambil supplemen ZINC untuk tingkatkan pengeluaran sperma.

 DOKTOR
Jumpa doktor untuk pastikan anda bebas daripada sebarang masalah. Cyst, endometriosis atau fibroid kerap dikaitkan dengan masalah sukar hamil. Jika pemeriksaan dibuat dari awal, rawatan akan diberikan dan dapat mengelakkan masalah sukar hamil.


Dalam entry seterusnya nanti akma akan share vitamin yang boleh diambil oleh suami isteri untuk kesuburan..Jadi tunggu ya  !!!

Nak dapatkan Shaklee??
PM/ sms/wassup/wechat: 013-240 8853














Tuesday 10 December 2013

Tip Asas Kurangkan "Morning Sickness" / Alahan




Assalamualaikum semua..selamat sejahtera
Sihat ke harini?? Kalau sihat alhamdulillah, pada yang tak sihat tue jangan biar lama-lama tau, kena makan ubat..hehe

Okeh malam nie Akma nak share tip untuk kurangkan "morning sickness" atau pun dalam bahasa melayunya disebut sebagai alahan..Semua tau kan apa tue alahan nie?? Haaa bagi mommies gojes yang pernah pregnant tue mungkin ada yang pernah rasa macam mana alahan tue..Dan ada yang bernasib baik tak rasa alahan..Tak tentu juga alahan nie, ada yang kena ada yang tak kena.....Macam Akma sendiri masa mengandungkan Qaleesya dulu memang takde alahan langsung..Alhamdulillah...Cuma mengidam tue ada la..Nak tau ngidamkan apa...???? hehe..Ummi ngidam nak makan sate ikan jer...bagus tul anak ummi nie, pilih yang murah jer..hihi

Macam Akma takde alahan tapi kawan-kawan kat sekolah ramai yang alah..macam-macam jenis alahnya sampaikan ada yang sampai tak boleh masuk makanan dalam mulut, mesti akan keluar balik...kesian sangat tengok..Bila dah tak makan tue, memang xde tenaga la...



Kat sini Akma nak share sikit tips untuk kurangkan alahan tue:

** Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
Elakkan makan dengan kerana ia akan menyebabkan mual..(macam Akma dulu sampai terlebih-lebih makan..hihi..maklumla dah takde alahan ).

** Karbohidrat
Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa loya dan mual seperti roti dan kentang.

** Hindarkan !!!
Makanan berlemak, berminyak dan pedas kerana akan memburukkan lagi gejala morning sickness nie yer

** Makan EPAL
Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. Juga boleh minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.

** Minum banyak AIR
Minum air yang banyak walaupun sering muntah. minum air masak atau jus buah-buahan segar. Penting untuk pastikan tubuh dapat air yang cukup. Hindari minuman BERKARBONAT atau KAFEIN seperti kopi atau teh.

** Minuman HALIA
Diakui secara tradisi boleh atasi masakah mual.

** Jangan TERUS BANGUN dari tidur
Jangan terus bangun daripada tidur terutama sekali pada waktu pagi.
Duduk dulu kemudian baru bangun pelan-pelan.

** LONGGAR
Pakai abju yang longgar yer jangan yang ketat-ketat sangat. Baju yang ketat akan tekan bahagian perut dan timbulkan masalah loya tue.




Nak dapatkan info produk Shaklee???
pm/sms/wassup/wechat: 013-240 8853 (AKMA)













Monday 9 December 2013

Kenapa perlunya Leaders dan Support Group yang betul??

Assalamu'alaikum..
Bersiaran lagi lepas dua hari yang bizi...
Hari Sabtu seawal 5 pagi dah bangun..bersiap2 nak ke Konvoi dan Himpunan IK Nissan Grand Livina di AEON Sitiawan, Perak. Alhamdulillah berjalan lancar dan akhirnya Cik Ina saya berjaya berada dalam antara 818 buah Nissan Grand Livina tercatat dalam Malaysia Book Of Records...best sangat join dapat tambah kenalan dan ukhuwah..Sempat juga ke Lumut dan Teluk Batik lepas event tue..Syok la si kecik dapat main tepi pantai..Malamnya ke Restoran Ikan Bakar..Pengalaman tak boleh lupa bila terlekat tulang ikan gerut-gerut..Azabnya Allah je yang taw tapi Alhamdulillah berjaya keluar juga..Lepas jer dinner trus gerak balik ke SP dan Alhamdulillah sampai kul 12 lebih..

Ahad pulak menapak kenduri..Lepas balik kenduri tue singgah di Pantai Murni Yan..ambik angin petang rasa hilang segala stress...hehe..malam edisi melipat baju bergunung selesai jugak..lega sangat...hihi



Ok2 nampaknya dah melalut sangat nie...Akma pilih tajuk nie sebab kebetulan petang tadi Akma ke rumah "mama effa"..mama effa nie kira "mak" akma dlm biz Shaklee nie..Saja nak ambik aura katanya..hehe

Mama effa nie adalah leaders akma..akma join Shaklee bawah dia..Alhamdulillah mama effa antara yang menyerlah dalam grup jutawan kami..Dalam tempoh setahun mama effa dah berjaya ke tahap yang sangat membanggakan..Mama effa sekarang berada di ranking Coordinator..lagi 2 tapak untuk ke MASTER...Tadi sempat sembang2 dan mama effa cakap dia target sebelum bulan Februari tahun depan untuk dapat MASTER..

Berbalik pada tajuk entry kat ats tue, Akma nak tekankan kat sini pentingnya kita pilih leaders dan grup support yang betul..Jom Akma share setakat pengetahuan Akma yang serba kekurangan nie..Harap2 sudi la baca ek..

1) Leaders HEBAT akan melahirkan anak2 biz yang HEBAT
Seorang leader yang hebat pasti akan bantu sedaya upaya anak biznya untuk berjaya macamnya..takkan biarkan anak biznya terumbang ambing terkontang kanting..Contohnya leader akma sndiri sentiasa guide anak cucu cicitnya..Apa yang kami tak tau mama effa sentiasa tolong...(ayat bodek nie mama..hihi)

2) Pengalaman berharga
Leader HEBAT pasti ada banyak pngalaman berharga..Melalui pengalaman tue makan beliau akan jadi lebih matang dan setiap keputusan yang dibuat adalah keputusan dari seorang yang berfikiran matang..

3) Perancangan
Leader yang HEBAT pasti akan ada perancangan untuk setiap apa yang akan dibuat..bukan main hentam kromo jer..hihi..macam mama effa dah ada target untuk apa yg nak dibuat..

4) Aura positif
Aura dari orang hebat nie mesti semuanya POSITIF belaka..Jadi bila sentiasa dengan aura positif tue, maka secara tak langsung aura tue melekat la pada anak-anak..

5) Group support
Grup support dari leader yang hebat mestilah MANTOPPP !!! Sebab anak2 cucu cicitnya pun hebat2 belaka..Saling menolong tanpa ada rasa iri hati atau dengki..Tue yang akma rasa bila dalam grup kami sekarang..Apa je xtaw tue tanya jer nnt ada je yang akan bantu...memang best sangat..takkan rasa lonely atau terabai...



So pada yang masih tercari-cari satu biz samada secara full time atau part time, kalau berminat tue boleh contact akma...free consultation :-)

sms/wassup/wechat: 013-240 8853 (AKMA)





Friday 6 December 2013

Bagaimana Omega Boleh Kuruskan Badan ??




Assalamu'alaikum semua,,,,

Bersiaran lagi kali nie,,,malam nie akma nak berkongsi cerita tentang Omega lagi,,,Omega lagi ??? hurmmm sebenarnya ramai yang ingat omega ni hanya untuk brain/IQ jer,,,Ramai yang tak tau yang Omega ni juga merupakan PEMBAKAR LEMAK yang sangat hebat !!!! Wahhhh,,,betul ker??

Ok jom kita tengok macammana pulak omega guard ni dapat buat orang kurus,,,
Cer baca ni:

'Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''
                                                          http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/

Haaa,,tu kan bukti dah ada,,,tak percaya lagi tak tau le,,,hihi

Jom tengok camna fatty acid boleh bakar lemak,,,,

Omega-3 fats bantu bakar lemak dengan bantu badan untuk respon kepada hormon yang dipanggil Leptin,,,(Leptin adalah bahasa Greek untuk kurus)

Okeh apa pulak fungsi Leptin nie??
** Leptin inform kat badan untuk kurangkan rasa lapar dan makan pun kurang
**Leptin tingkatkan Metabolisme
**Leptin juga bakar lemak kepada tenaga

Apa yang anda perlu tau,,,,

- omega 3 kawal rasa lapar dengan mengawal paras gula dalam darah,
- Digalakkan untuk ambil omega 3 dan bersenam untuk mempercepatkan efek,,
- omega 3 buang lemak yang tidak diingini,,,

Jadi pada anda yang memang tengah mencari sesuatu untuk kurus tue,,,,haaa omega nie sangat la sesuai,,,
Dah tue pulak bulan nie kan promosi omega guard,,harga memang jauh lebih murah dan sangat berbaloi la,,


Nak order??
sms/wassup/wechat: 013-2408853 (akma)




Thursday 5 December 2013

Kenapa supplement Shaklee jadi pilihan ramai ??

Assalamua'alikum semua,,,,,



Harini bersiaran lewat sikit uruskan rumah + ada knduri tadi,,pastu berkejaran ambil roadtax keta yg dh smpai tp ambik2,,hehe Now sambil bersantai petang-petang nie tetiba dapat satu idea nak buat entry pasal Shaklee,,,kenapa perlu ambil supplemen Shaklee,,,,Jom,,,jom kupas,,,(sori yer arini guna (,) ganti (.) sbb button titik rosak,,tak larat tekan hehe,,)

Okey mula-mula nak ajak anda semua senaraikan berapa banyak supplemen yang ada dijual kat Malaysia sekarang ni,,,Termasuk jual kat farmasi, toko jamu, kios-kios (berul ke tak ejaan ni,,hentam saja la labu,,,) kat shopping mall dan juga kat online,,,banyak kan tak terkira rasanya,,dalam sebulan tue mesti ada produk baru keluar,,kalau nak ikutkan memang tak sempat nak kejar produk-produk nie,,,

Erm,,dalam banyak-banyak tue rasanya ada beberapa brand saja yang dah lama kat pasaran tapi still dicari customer,,Salah satunya tentulah produk2 Shaklee,,,Jadi apa kata kita selidik skit kenapa la dalam banyak-banyak jenama tu produk tue Shaklee jadi pilihan,,



Kenapa ???

✿ Lebih 50 tahun di Pasaran
Produk Shaklee dah ada kat pasaran lebih 50 tahun,,,50 tahun yer bukan 50 hari, atau 50 bulan,,hehe,,Jadi bukan satu jangkamasa yang singkat sebab tue la Shaklee jadi pilihan hati ramai,,,Cuba bayangkan kalau produk yang tak elok atau tak berkesan mesti takkan bertahan lama kan?? Tapi tidak pada Shaklee,,,

✿ Berasaskan bahan semulajadi
Tatkala ramai orang lain amalkan penggunaan bahan plastik dan sintetik, Shaklee kembali pada semula jadi,,,Shaklee guna bahan semulajadi yang tulen untuk hasilkan vitamin dan Shaklee juga antara yang terawal cipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi kat dunia nie,,,see,,,,,bahan semula jadi okehhh,,

✿ Selamat
Untuk pengetahuan semua, dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat Shaklee akan buat lebih 83,000 ujian kualiti,,Pastu Shaklee buat lagi lebih 350 ujian kat bahan-bahan botani baru,

✿ Berkesan
Bagi menghasilkan produk yang berkesan Shaklee dah laburkan lebih daripada USD 300 juta untuk tujuan R&D,,,300 juta okeh,,,bukan 300 ringgit atau 300 000 ringgit,,dan juga 100 kajian klinika diterbitkan,

✿ Mesra Alam
Untuk makluman semua produk-produk Shaklee nie TAKDE perasa tiruan, pemanis tiruan, ujian haiwan, dan bahan kimia,,Pembungkusan plak FREE BPA, phthalates dan dakwat toksik dan menggunakan bahan kitar semula,,

Setakat nie akma kongsi dengan anda semua banyak tue dulu,,,nanti kita sambung lagi,,,yang pasti Shaklee menjadi pilihan ni 1 pengguna di US dan di Malaysia,,,Sekarang terpulang pada anda mana satu pilihan hati,,,Nak yang well-establish atau yang tumbuh macam cendawan lepas hujan,,,datang musim kemarau,,,,hilang abis semua,,,so TEPUK DADA TANYA SELERA,,,,

Berminat dapatkan info tentang SHAKLEE?
sms/wassup/wechat: 013-240 8853 (AKMA)













Wednesday 4 December 2013

Keahlian Shaklee



Assalamu'alaikum semua...

Banyak dah akma share tentang produk kan jadi harini akma nak cerita tentang keahlian Shaklee pulak..camna nak join Shaklee..Ramai yang berminat nak taw sebenarnya..Ye la kan lately ni kos hidup makin tinggi..itu naik ini naik GAJI TAK NAIK-NAIK..hehe..Ada plak yang suami jer keja wife tak kerja sebab pikir-pikir dengan kos nak antar anak ngasuh, susu, lampin memang tak berbaloi kerja..Bila dah tak kerja jadi income takde kan..Jadi terbatas gak la nak beli itu ini tak boleh..

Ok sebelum bebel panjang meh akma nak cerita tentang cara nak join Shaklee..Senang jer..tak perlu modal ribu riban pun..


Bagaimana nak join:

1) Yuran keahlian
 Just bayar yuran keahlian SEUMUR HIDUP untuk RM 75 sahaja..sekali jer bayar tak perlu renew-      renew yer..ATAU,

2) Keahlian PERCUMA
Haaa...boleh jer nak join free, tapi ada syaratnya..kena buat pembelian lump sum berjumlah RM 600++ bersamaan 200UV untuk melayakkan anda dapat keahlian percuma nie..pastu automatik jadi ahli dan layak dapat BONUS pertengahan bulan depannya..

Apa yang anda dapat:

1) Cash
Bonus yang dibayar dalam bentuk WANG TUNAI mengikut perkiraan yang dah ditetapkan..Bonus bermula dari 2 angka sehinggalah 6 angka..

2) Car Bonus
Dibayar mengikut jumlah tertentu sebagai insentif pembayaran duit kereta setiap bulan. Shaklee tolong bayarkan duit keta kita..best kan??

3) Convention
Trip yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee..Trip dalam dan luar negara..Luar negara tu boleh pilih samada nak ke tempat-tempat yang diberi oleh company (negara luar cth Paris, US) atau pilih nak ke Umrah..Trip nie bertaraf 7 BINTANG yer..bukan senang nak dapat macam nie..

Setakat nie dulu akma cerita..kalau berminat nak join jadi ahli shaklee boleh inform yer..Banyak benefit dapat taw..memang tak rugi..One more thing produk-produk Shaklee ni dah terbukti keberkesanannya..memang tak rugi taw !!!hehe..



Kalau berminat boleh contact akma sms/wassup/wechat: 013-240 8853
FB: https://www.facebook.com/AqeesyaVitaminCorner

Psttt: ni akma ada share pengalaman akma jana income 4 angka dlm masa 4 bulan join Shaklee..kalau nak tau boleh klik sini yer JANA 4 ANGKA DALAM 4 BULAN