Nuffnang Ads

Wednesday 23 October 2013

Kepentingan Pengambilan Air Semasa Mengambil Supplement


Semua orang sudah sedia maklum tentang kepentingan air dalam kehidupan. Semua hidupan di muka bumi ini memerlukan air bagi meneruskan kehidupan mereka. Jika badan tidak mendapat bekalan air yang mencukupi, maka akan terciptalah pelbagai masalah berkaitan kesihatan. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Paling kurang kita dinasihatkan mengambil 8 gelas air sehari

Bagi sesiapa yang mengambil supplement, dinasihatkan supaya mengambil air yang lebih. Tambahan lagi bagi ibu yang masih menyusukan anak, keperluan air sangatlah amat perlu dititikberatkan. Pengambilan 2-3liter air sehari adalah satu keperluan untuk mengekalkan keseimbangan dalam badan (homeostasis) dan melancarkan proses2 metabolisma dalam badan.. 
 

Kaitan air dan pengambilan supplement semulajadi.
  1. Supplement semulajadi membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air.

Fakta Mengenai Kepentingan Air Dalam Badan
 

  • Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
  • Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.
  • Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.
  • “Sampah” utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.
  • Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga bileh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.

Oleh itu, jika anda sedang mengambil sebarang jenis supplement atau vitamin adalah sangat disarankan untuk mengambil jumlah air yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang masalah dan juga bagi mempercepatkan dan membantu proses penyerapan vitamin ke dalam tubuh badan.

Saya seringkali menasihatkan pelanggan-pelanggan saya agar mengambil jumlah air yang mencukupi supaya proses pengambilan vitamin Shaklee akan berjalan lancar dan memperoleh kesan yang diingini sebaik-baiknya. Jika pengambilan air kurang, maka pelbagai masalah lain akan timbul seperti kesan yang lambat atau TIADA kesan langsung, HEALING CRISIS dan juga untuk jangka masa panjang jika selalu diamalkan begini berkemungkinan risiko untuk masalah buah pinggang. Jadi, jika kita amalkan cara yang betul dan selamat, InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik hendaknya.



Jika berminat untuk mendapatkan informasi berkaitan Produk Shaklee, 
sila hubungi saya:
013-2408853 (sms/whatsapp)

Friday 11 October 2013

Nak kurus! !!! Cara Nak Kurus... ♥♥♥

KURUS! !!!
Wah..bila ckp bab2 kurus semua semua pakat celik mata luas2 ngeh3..Semua nak kurus kn??si gadis nak kurus sbb xda bf..si isteri nak kurus suami dok mengomen..hihi..mcm2 sbb org nk kurus ni...malu diejek, konfiden level rendah, kos meningkat sbb kain bju semakin mengecil, lemak2 makin menguasai mgkn juga atas faktor2 kesihatan..

Bila bercakap bab nak kurus ni kena jugak bercakap pasal cara2 nak bagi kurus...senaman, diet, ubat2an antara banyak yang dipercakapkan..senaman dan diet seimbang adalah cara terbaik..tp ramai antara kita yang tak punya banyak masa nak bersenam..dan ramai yang tak dapat nak berdiet seimbang sebab tak tahan dek kesedapan makanan yang sedap2 kat depan mata..bila cakap bab2 ubatan ni kena pandai2 memilih sebab sstgh ubatan ni mengandungi bahan terlarang..YA! ! memang sesetengah tu cepat boleh turunkan berat badan sebab ada bahan terlarang yang digunakan untuk cepatkan proses penurunan berat...

Berlainan dengan Shaklee ni..kerana Shaklee merupakan vitamin yang dihasilkan dari bahan semulajadi..jadi mungkin bagi sesetengah orang proses penurunan ambik masa dan bukannya turun secara drastik..Shaklee guna konsep BAKAR, BUANG dan BINA...

BAKAR - lemak2 dalam badan dibakar untuk disingkirkan..lemak2 dipecahkan jadi memudahkan proses penurunan berat badan

BUANG - lemak2 yang telah dibakar tadi akan dibuang melalui proses penyingkiran lemak dan menyahtoksin (DETOX)

BINA - otot2 badan akan dibina agar tidak kelihatan menggeleber apabila badan mulai susut..jadi badan akan tetap terus terpelihara

BAKAR > BUANG --> BINA
LECITHIN / OMEGA --> HERB LAX/ ALFALFA
> ESP/ CINCH MIX SHAKE















posted from Bloggeroid

Wednesday 9 October 2013

~Susu ibu..susu TERBAIK di dunia !!!

Assalamualaikum semua mommies yg gojez2..dan juga kepada sesapa sj yg sudi jengah ke blog saya yang serba kekurangan ni.. cheewahhh ayat..hihi




Fikir punya fikir, cari punya cari so dapatlah idea nak kongsi dengan mommies semua pasal penyusuan susu ibu atau BREASTFEEDING...Alangkah indahnya bagi seorang ibu yang dapat menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan pertama bayi lahir..dan ...lagi indah dan bermakna jika dapat lagi teruskan perjalanan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun..

Moment2 indah itu adalah satu moment yang tidak ternilai dan takdapat dijual beli..Tambahan sekarang terdapat banyak bantuan dan sokongan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak..dari segi "support group" memang sangat banyak kat luar sana..ada yang secara offline dan juga online..selain tu, HOSPITAL RAKAN BAYI telah banyak diwujudkan..masyarakat juga semakin terbuka bila bercakap tentang penyusuan susu ibu..



Berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya dalam JOURNEY yang tak kesampaian dalam hal penyusuan eksklusif ni, mendorong saya untuk membuka mata dan mendedahkan mommies semua tentang kelebihan dan kebaikan susu ibu..ya..mungkin bukan rezeki anak saya untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, tetapi sekurang-kurangnya saya telah BERUSAHA dan MENCUBA yang terdaya dan termampu untuk fight haknya..Namun ketentuan Allah setakat 6 bulan shj saya mampu dan itupun dah takboleh dikira sebagai eksklusif sebab dah bercampur dengan susu formula..Betapa hati ini menangis, namun apakan daya....

Seawal usia kandungan saya dah explore godek sana sini cari informasi tentang penyusuan susu ibu..apa persediaan, keperluan..bagaimana cara nak handle EBM dsb..malahan saya juga siap sedia shopping keperluan untuk menyusu seperti PAM elektrik, botol penyimpanan susu, steamer untuk panaskan susu..mcm2 lg lah..semua dah ready..majalah PA & MA tiap2 bulan beli sebab dlm majalah tu banyak info dan juga banyak bagi info tentang kedai2 online yg jual keperluan menyusu..memang sangat2 teruja !!!

antara barang untuk digunakan dalam proses penyusuan susu ibu..-pic kredit to pakcik google


Alhamdulillah, saya dapat berikan puteri saya susu yang berharga iaitu KOLOSTRUM..memang rasa bersyukur sangat dapat berikan susu yang sangat bernilai tu..Semua orang tau kn kelbihan KOLOSTRUM..nnt ada masa saya akan update stori tentang tu..Berbalik pada journey penyusuan saya, diawal usia anak saya terpaksa berikan dia susu formula atas sebab2 yang xmampu nak elak (mgkin ada yang kata..alasan..tetapi Demi Allah betapa hati ni menangis dan tak mampu tanggung) menangis saya masa mula2 nk bagi susu formula pada anak..tapi saya tetap usaha juga bagi susu badan pada dia..Alhamdulillah walaupun banyak rintangan tapi sekurang-kurang saya rasa hepi sebab saya cuba berikan juga pada ank..tapi sekadar 6 bulan shj atas sebab2 yang tak dapat dikongsikan di sini kerana terlalu peribadi dan melibatkan banyak pihak..
contoh kolostrum...


Jadi di sini saya nak nyatakan sokongan saya terhadap ibu-ibu yang bersungguh untuk memberikan permata hati dengan susu yang terbaik ini..!!! Berikanlah yang terbaik untuk anak anda dan rasailah kepuasannya..!!!



Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak ni, kadang2 mommies akan alami masalah susu drop..kes ni jadi atas beberapa sebab antaranya jika mommies terlalu STRESS, Jarang KOSONGKAN breast, tidak cukup rehat dan banyak lagi..nnt ada masa saya share dgn mommies pasal tu okay..

Ok sambung cerita tadi, bila susu drop memang mommies akan risau kn sebab takut supply susu kat anak tak cukup..mcm2 cara mommies blh buat untuk atasi maslah ni cthnya dr segi pemakanan, bykkan mnum air masak dan bantuan dari supplement juga boleh digunakan..

kat sini saya nak share dengan mommies beberapa testimoni mommies yang berjaya menghasilkan susu yang banyak dengan pemakanan vitamin yang sesuai..apa yang baik saya kongsikan...






Jika berminat nak dapatkan info tentang Vitamin Shaklee,
jangan malu atau segan untuk contact saya
pm/sms/whatsapp: 013-240 8853 (AKMA)
FREE sahaja... hehehe



Sunday 6 October 2013

Kolagen Kolagen Kolagen

Semakin hari ni..semakin banyak kita dengar orang sebut tentang KOLAGEN..
Apa tu KOLAGEN ek?? Penting sangat ke KOLAGEN tu?

Haaaaa....sempena dengan PROMO bulan ni iaitu COLLAGEN POWDER Shaklee so Akma nak ceritera sikit sebanyak pasal kolagen ni..

Jom kita tengok apakah itu KOLAGEN...

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.

Antara kepentingan kolagen:
  1. Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
  2. Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
  3. Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
  4. Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
  5. Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
  6. Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
  7. Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan. 
Sekarang jom kita tengok Collagen Powder dari Shaklee pula...




Merupakan supplement kolagen yang unggul, mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, Kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin Cdan Vitamin B digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Manfaat Utama:

  • membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • melembabkan kulit
  • mengurangkan parut, jeragat dan jerawat
  • menguatkan dan mencantikkan kuku
  • menguatkan rambut
  • menguatkan tulang dari menjadi rapuh
  • mengurangkan kesakitan dan geseran sendi
  • baik untuk mata
  • memastikan otak sentiasa sihat





Jom tengok TESTIMONI pulak...















JOM GRAB PROMO BULAN INI :
BELI 6 PERCUMA 1 KOTAK
@
BELI 3 KOTAK PERCUMA KEAHLIAN + CASH REBAT 
@
BELI SEKOTAK PADA HARGA YANG SANGAT2 MENGUNTUNGKAN !!!!

Sekotak mengandungi 15 sachet untuk penggunaan 15 hari..
Kesan seawal 3 hari !!!

Nak info lanjut @ nak order???
sms/ whatsapp akma @ 013-240 8853