Nuffnang Ads

Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Monday, 6 January 2014

Tips Kurus

Ada tak yang berazam nak kurus sempena tahun baru nie? ?? mesti ada kan..nak kurus, langsing, selim melim..semangat berkobar-kobar !!!

Jom tengok tips kurus yang dikongsikan oleh pakar diet dari Pusat Perubatan Pakar KPJ Damansara iaitu Cik Boh Shi Hui..Apa kat beliau...

TIP 1 :
NIKMATI MAKANAN ANDA..MAKAN SECARA PERLAHAN
★★ Berapa lamakah masa yang anda ambik utk habiskan satu hidangan..adakah dlm 5-10 minit?? kalau ya, nie la masanya utk anda perlahankan 'pace' anda! Cuba ubah dengan kunyah 30-40 kali utk setiap suap mknn tue..Pastue ambil masa 20-30 minit utk habiskan satu hidangan

TIP 2 :
PILIH PROTEIN TANPA LEMAK
★★ JANGAN pilih makanan berprotein yang tinggi lemak sbb berat bdn akan naik dan aras kolestrol kita mdh terjejas dgn pilihan mknn mcm tue! ! LEBIHKAN ambil AYAM (tanpa kulit), IKAN dan TAUHU serta KURANGKAN kekerapan pengambilan DAGING MERAH sprt lembu dan kambing, MAKANAN LAUT sprt udang, sotong, kerang dsb..UTAMAKAN cara masakan RENDAH LEMAK sprt rebus, singgang, bakar, stim dan sup...for sure berat badan ideal jd milik anda. ..ngehhhngehh

TIP 3 :
SERAT, SERAT, SERAT
★★ Serar memainkan peranan penting dlm mengelakkan masalah sembelit, bantu kawal aras gula, kolestrol darah dan tekanan darah. Yang penting sekali, serat dpt kawal berat bdn anda okeh! !! penuhkan fridge dgn pelbagai jnis buahan dan sayuran. juga penuhkan almari dgn makanan berserat tinggi sprt biskut tinggi serat, roti bijirin penuh dan sarapan tinggi serat.

TIP 4 :
JANGAN LUPAKAN AIR
★★ Tip paling MURAH uollsss! !Kalau pengambilan air tak cukup, kita mudah rasa lapar dan letih. Bukan lapar sebenar pun tapi lapar sbb kurang air.. so mula la akan mkn berlebihan dan jgn pilih air bergula dgn kerap sbb ia akn rosakkN diet anda tau! !!

TIP 5 :
KEEP MOVING
★★ Tiada alasan utk TIDAK BERGERAK! !! Pastikan anda buat senaman dalam 30-45 minit/sesi, 4-5 kali semggu. Buat jer sebarang aktiviti yg anda suka sprt cycling, berjalan laju, swimming, main badminton dll

If dah ikut betul2 dengan jayanya pasti dpt tgk.resultnya yang MELETOPsss..hehe

Selain dari tips di atas, anda jgk blh cuba ambil suppliment...kat sini akma kongsikan beberapa suppliment Shaklee yg sesuai utk tujuan nak kurus badan nie...



SET KURUS LENGKAP




SET KURUS BUAT YANG SEMBELIT




KURUS + MENYUSU + KULIT CANTIK



SET KURUS PALING BAJET




AGEN BUANG LEMAK

Rasa macam nak order jerr???? 
meh lekas PM Akma yer..Special price tau.. !!!
sms/wassup: 013-2408853




posted from Bloggeroid

Thursday, 12 December 2013

Tips Kekal Segar Lepas Bersalin

Setiap wanita lepas bersalin mesti kena lalui proses pemulihan. Ini untuk pastikan badan kembali segar dan sihat semula luar dan dalam. Selain urutan dan mandian herba, mommies perlu ambil beberapa sumber makanan yang berkhasiat supaya badan kembali segar.Antara makanan yang boleh diambil termasuklah:

Madu


Boleh bantu meredakan kerisauan dan meningkatkan daya ingatan. Selain itu dapat bantu cepatkan luka bahagian dibedah dan luka histerektomi (bersalin normal). Dalam madu nia ada antibakteria semulajadi, Vitamin Cdan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak. Madu juga dapat beri tenaga, tambah darah dan selera makan, mengurang dan mengawal kolesterol.

Serai Wangi


Menghilangkan bau hanyir dan bau badan lepas bersalin, menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit. Aroma daun tue umpama terapi dan dapat hilangkan stress juga dapat memanaskan badan yang sejuk-sejuk.

Halia


Bantu penghadaman makanan dan elakkan sembelit, buang angin dalam usus besar dan usus kecil, buang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum, dan hilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran apabila telah dimakan dan diminum.

Sirih


Bahan pencuci pada bahagian vagina merawat keputihan, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria. Juga membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan, menghilangkan gatal-gatal kulit seperti kayap dan kurap dan meneutralkan bau nadan, bau mulut, bau bahagian sulit.

Selain dari madu dan herba-herba, VITAMIN juga dapat membantu mommies yang baru lepas bersalin.]

Zat Besi

Mommies bersalin telah banyak kehilangan darah jadi mommies perlu ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat ganti semula darah yang keluar semasa proses melahirkan baby. Zat besi sangat la penting dalam pembentukan sel darah merah. Kalau zat besi kurang boleh sebabkan mommies kelihatan pucat, letih, lesu dan tak bermaya. Bagi mommies yang nak breastfeed baby kena make sure pengambilan zat besi dititikberatkan.

B Complex

Juga merupakan pengambilan sel darah merah disamping bantu stabilkan hormon badan. Kalau kurang B complex boleh sebabkan mommies yang dalam tempoh berpantang alami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex boleh bantu badan lebih bertenaga dan seimbangkan emosi.

Vitamin C

Berkonsepkan pelepasan masa dengan melepaskan vitamin C sikit demi sikitikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air makan konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam bantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zink

Antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zink bantu cepatkan proses baik luka dalam badan. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zink. Pengambilan zink bagi mommies yang bf baby sangat penting sebab dapat bantu baby membesar dengan baik.

Dari mana mommies semua boleh dapatkan vitamin-vitamin nie? Dah tentu lah dari Shaklee..Semua Vitamin tue ada dalam produk-produk Shaklee..Cuba tengok kat bawah ni:




Jom tengok testimoni pulak:



























Friday, 15 November 2013

TIPS:- Penyusuan Susu Ibu : Diet Untuk Wanita Sihat yang Menyusui

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Tetapi apabila anda mula bercerai susu dengan bayi anda, maka keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu anda makan semasa menyusui bayi?

Anggaplah penyususan badan sebagai motivasi kepada anda untuk terus mengikuti diet yang sihat sepertimana yang telah anda ikuti sepanjang tempoh kehamilan. Fokuskan kepada pengambilan bijirin penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang membekalkan banyak protein, kalsium dan zat besi. 

Pilihlah snek yang yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau dalam tempoh 44 hari berpantang (selepas kelahiran). Walaubagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

1) MINUM BANYAK AIR
Pastikan minum air secukupnya antara 8-12 gelas sehari. Boleh juga jus buah-buahan atau sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadih. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

2) ELAKKAN
~ Pengambilan kafein, alkohol (orang Islam jangan sesekali ambil yer, HARAM) dan toksin kerana ianya boleh meresap ke susu badan, jadi elakkan ambil secara berlebihan.
~ Merokok kerana nikotin juga boleh meresap masuk ke susu badan anda.

3) ZAT BESI
Sangat diperlukan dalam masa penyusuan kerana kebanyakan zat-zat besi yang terkandung di dalam badan telah terkurang dari simpanan semasa tahun-tahun subur.

4) CUBA DULU
Anda boleh mencuba makanan berempah atau pedas untuk mengetahui samada ianya memberi efek kepada bayi atau tidak. Setiap bayi memberikan tindak balas yang berbeza dengan setiap makanan yang diambil ibu mereka.

KETAHUI ADAKAN APA YANG DIAMBIL MEMBERI EFEK KEPADA BAYI

Anda boleh mengetahui jika anak anda senstif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis hingga tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan, atau dalam najisnya warna hijau atau bermukus.


Bagi ibu-ibu menyusu yang memerlukan suppliment tambahan kami di Shaklee ada menyediakan SET PENYUSUAN mengikut bajet anda. Bermula dari SET ASAS hinggalah ke SET PENYUSUAN LENGKAP. 

















Berminat nak dapatkan info lanjut, boleh hubungi saya di fb saya: http://www.facebook.com/zainatulakma

sms@whatsapp: 013-2408853 (AKMA)

Wednesday, 9 October 2013

~Susu ibu..susu TERBAIK di dunia !!!

Assalamualaikum semua mommies yg gojez2..dan juga kepada sesapa sj yg sudi jengah ke blog saya yang serba kekurangan ni.. cheewahhh ayat..hihi




Fikir punya fikir, cari punya cari so dapatlah idea nak kongsi dengan mommies semua pasal penyusuan susu ibu atau BREASTFEEDING...Alangkah indahnya bagi seorang ibu yang dapat menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan pertama bayi lahir..dan ...lagi indah dan bermakna jika dapat lagi teruskan perjalanan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun..

Moment2 indah itu adalah satu moment yang tidak ternilai dan takdapat dijual beli..Tambahan sekarang terdapat banyak bantuan dan sokongan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak..dari segi "support group" memang sangat banyak kat luar sana..ada yang secara offline dan juga online..selain tu, HOSPITAL RAKAN BAYI telah banyak diwujudkan..masyarakat juga semakin terbuka bila bercakap tentang penyusuan susu ibu..



Berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya dalam JOURNEY yang tak kesampaian dalam hal penyusuan eksklusif ni, mendorong saya untuk membuka mata dan mendedahkan mommies semua tentang kelebihan dan kebaikan susu ibu..ya..mungkin bukan rezeki anak saya untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, tetapi sekurang-kurangnya saya telah BERUSAHA dan MENCUBA yang terdaya dan termampu untuk fight haknya..Namun ketentuan Allah setakat 6 bulan shj saya mampu dan itupun dah takboleh dikira sebagai eksklusif sebab dah bercampur dengan susu formula..Betapa hati ini menangis, namun apakan daya....

Seawal usia kandungan saya dah explore godek sana sini cari informasi tentang penyusuan susu ibu..apa persediaan, keperluan..bagaimana cara nak handle EBM dsb..malahan saya juga siap sedia shopping keperluan untuk menyusu seperti PAM elektrik, botol penyimpanan susu, steamer untuk panaskan susu..mcm2 lg lah..semua dah ready..majalah PA & MA tiap2 bulan beli sebab dlm majalah tu banyak info dan juga banyak bagi info tentang kedai2 online yg jual keperluan menyusu..memang sangat2 teruja !!!

antara barang untuk digunakan dalam proses penyusuan susu ibu..-pic kredit to pakcik google


Alhamdulillah, saya dapat berikan puteri saya susu yang berharga iaitu KOLOSTRUM..memang rasa bersyukur sangat dapat berikan susu yang sangat bernilai tu..Semua orang tau kn kelbihan KOLOSTRUM..nnt ada masa saya akan update stori tentang tu..Berbalik pada journey penyusuan saya, diawal usia anak saya terpaksa berikan dia susu formula atas sebab2 yang xmampu nak elak (mgkin ada yang kata..alasan..tetapi Demi Allah betapa hati ni menangis dan tak mampu tanggung) menangis saya masa mula2 nk bagi susu formula pada anak..tapi saya tetap usaha juga bagi susu badan pada dia..Alhamdulillah walaupun banyak rintangan tapi sekurang-kurang saya rasa hepi sebab saya cuba berikan juga pada ank..tapi sekadar 6 bulan shj atas sebab2 yang tak dapat dikongsikan di sini kerana terlalu peribadi dan melibatkan banyak pihak..
contoh kolostrum...


Jadi di sini saya nak nyatakan sokongan saya terhadap ibu-ibu yang bersungguh untuk memberikan permata hati dengan susu yang terbaik ini..!!! Berikanlah yang terbaik untuk anak anda dan rasailah kepuasannya..!!!



Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak ni, kadang2 mommies akan alami masalah susu drop..kes ni jadi atas beberapa sebab antaranya jika mommies terlalu STRESS, Jarang KOSONGKAN breast, tidak cukup rehat dan banyak lagi..nnt ada masa saya share dgn mommies pasal tu okay..

Ok sambung cerita tadi, bila susu drop memang mommies akan risau kn sebab takut supply susu kat anak tak cukup..mcm2 cara mommies blh buat untuk atasi maslah ni cthnya dr segi pemakanan, bykkan mnum air masak dan bantuan dari supplement juga boleh digunakan..

kat sini saya nak share dengan mommies beberapa testimoni mommies yang berjaya menghasilkan susu yang banyak dengan pemakanan vitamin yang sesuai..apa yang baik saya kongsikan...






Jika berminat nak dapatkan info tentang Vitamin Shaklee,
jangan malu atau segan untuk contact saya
pm/sms/whatsapp: 013-240 8853 (AKMA)
FREE sahaja... hehehe