Nuffnang Ads

Saturday 23 November 2013

Kenapa Vitamin C Sustained Released Shaklee jadi pilihan ramai?



"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin c telah direka oleh Shaklee.

Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25 % dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.



Manfaat Utama:

Membentuk kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. 
Memperbaiki simptom pendarahan
Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
Peningkatan sistem imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dari kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, astma. Juga meningkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
Memerangi kanser
Ia adalah satu-satunya anti-oksigen yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sek-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
Mencantikkan kulit
Ambil vitamin c setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Memperbaiki insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

Mengekalkan Kolestrol Sihat Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghndarkan arterioscelerosis, thromrus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.





AMARAN 
1 BATANG ROKOK MAMPU MELUPUSKAN 50-100mg VITAMIN C KERESAHAN AKAN MEMPERCEPATKAN PENYUSUTAN VITAMIN C KONTRASEPTIF DAN PIL PENAHAN SAKIT AKAN MENYUSUTKAN VITAMIN C YANG BANYAK  TERLEBIH DOS VITAMIN C (melebihi 12 kapsul) AKAN MENYEBABKAN SEDIKIT CIRIT-BIRIT





Nak dapatkan lagi info tentang Vitamin C Shaklee??
Atau nak tau info pasal lain-lain produk??
Feel free to contact me 
sms/wassup/wechat: 013-2408853 (AKMA)

6 RAHSIA ORANG BERJAYA

Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?
Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.
Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku “Tough Times Never Last, But Tough People Do” oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca iluvislam.com tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.
1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.
Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.
Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.
2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.
3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.
4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.
Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.
Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.
5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.
Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.
6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.
Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?
Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.
Pendek kata “Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya”.

Wednesday 20 November 2013

Apa itu KRISIS PENYEMBUHAN (Healing Crisis) ??



Pernah dengar krisis penyembuhan? Selalu disebut sebagai Healing Crisis (bahasa omputihnyer..hihi)
Mungkin ramai yang pernah dengar, tapi tak ambik pot pun kan?Masuk telinga kanan. keluar telinga kiri..
Jadi harini akma nak berkongsi info tentang healing crisis ni.

Simptom ni akan terjadi pada sesetengah orang yang mula mengambil supplement dietary. Simptom-simptom ini akan kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan oleh tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement, maka krisis penyembuhan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian ini, berkemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh pada masa dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplement dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, berkemungkinan akan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh, dan banyak lagi. Simptom-simptom ini berbeza antara individudan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Sewaktu jangkamasa ini, anda disarankan minum banyak air bersih (air masak putih), rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom penyembuhan, kita akan mudah melalui fasa ini.......

Jom tengok :





Friday 15 November 2013

Cuti Sekolah..~HOLIDAY~

Hari ni, Ahad 10/11/2013..bermula minggu terakhir persekolahan bagi sekolah-sekolah di Negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. Jadi ikut perkiraan hanya tinggal 4 hari saja lagi bagi sesi persekolah 2013 untuk melabuhkan tirainya..Pejam celik, pejam celik dah hampir setahun kita berada di tahun 2013.

Banyak kisah suka duka sepanjang sesi 2013 ni..
Bagi diri Akma sendiri tahun 2013 merupakan permulaan tahun baru perkidmatan di sekolah baru selepas permohonan bertukar diluluskan..Alhamdulillah, syukur sangat2 Allah dah perkenankan doa Hamba-Nya yang sorang ni..

Setahun di sekolah baru, banyak kenangan kat sini..Alhamdulillah suasana pekerjaan yang jauh lebih baik dari dulu..maksudnya kerja kerja tambahan yang sangat2 kurang dibandingkan dengan sekolah lama..Cuma di sini perlu berdepan dengan masalah disiplin pelajar dan prestasi pelajar. Tapi sekurang-kurangnya masih okey sebab hal-hal macam ni dah terbiasa di mana-mana sekolah pun..

Alhamdulillah setahun di sini dapat sesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan sekerja. Semuanya baik-baik belaka dan tak lokek berkongsi ilmu. Harapnya tahun depan dapat dilalui dengan lebih baik lagi.

Bila sebut time-time cuti camni, mula nak terfikir mana nak tuju..Nak holiday ke mana yer???

Bercerita bab cuti ni, kebetulan bulan 12 ni anak sedara di Pahang nak bertunang, jadi sekali harung la ke majlis dia pastu holiday skali..jimat kos..hehe..Boleh la bawak si kecik ni ke Bukit Gambang sekali lagi.. Dulu penah bawak p dah sekali tapi masa tu kecik lagi..Kali ni boleh bawak ke Safari tu pulak..tengok segala binatang yang ada..Boleh berkelah kat Cherating atau Pantai Balok..Wahhh syokk nyerrr...Anak biasa2 ja tp ummi yang lebih..Pastu ingat nak bawak juga ke Penang, walaupun dekat tp rasanya tahun ni lepas berpindah sekolah tak ke sana lagi..Ada 2 orang "anak tiri" kat sana yang ditinggalkan..Ingat nak p jumpa dengan dorang..InsyaAllah jika diizinkan..

Lagi 1 bercakap bab2 cuti sekolah ni mesti xlari dari Jemputan Perkahwinan..Kenduri sana sini..Setakat ni dah dapat 3 jemputan dari rakan2..ada yang dekat ada yang jauh..Kalau dekat InsyaAllah, boleh hadirkan diri, tapi kalau jauh tu memang tak dapat la..Apa pun TAHNIAH pada rakan-rakan yang bakal berumahtangga, atau pada seaiapa saja yang membaca coretan saya ni. Semoga ikatan yang dibina berkekalan sehingga syurga..



TIPS:- Penyusuan Susu Ibu : Diet Untuk Wanita Sihat yang Menyusui

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Tetapi apabila anda mula bercerai susu dengan bayi anda, maka keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu anda makan semasa menyusui bayi?

Anggaplah penyususan badan sebagai motivasi kepada anda untuk terus mengikuti diet yang sihat sepertimana yang telah anda ikuti sepanjang tempoh kehamilan. Fokuskan kepada pengambilan bijirin penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang membekalkan banyak protein, kalsium dan zat besi. 

Pilihlah snek yang yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau dalam tempoh 44 hari berpantang (selepas kelahiran). Walaubagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

1) MINUM BANYAK AIR
Pastikan minum air secukupnya antara 8-12 gelas sehari. Boleh juga jus buah-buahan atau sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadih. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

2) ELAKKAN
~ Pengambilan kafein, alkohol (orang Islam jangan sesekali ambil yer, HARAM) dan toksin kerana ianya boleh meresap ke susu badan, jadi elakkan ambil secara berlebihan.
~ Merokok kerana nikotin juga boleh meresap masuk ke susu badan anda.

3) ZAT BESI
Sangat diperlukan dalam masa penyusuan kerana kebanyakan zat-zat besi yang terkandung di dalam badan telah terkurang dari simpanan semasa tahun-tahun subur.

4) CUBA DULU
Anda boleh mencuba makanan berempah atau pedas untuk mengetahui samada ianya memberi efek kepada bayi atau tidak. Setiap bayi memberikan tindak balas yang berbeza dengan setiap makanan yang diambil ibu mereka.

KETAHUI ADAKAN APA YANG DIAMBIL MEMBERI EFEK KEPADA BAYI

Anda boleh mengetahui jika anak anda senstif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis hingga tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan, atau dalam najisnya warna hijau atau bermukus.


Bagi ibu-ibu menyusu yang memerlukan suppliment tambahan kami di Shaklee ada menyediakan SET PENYUSUAN mengikut bajet anda. Bermula dari SET ASAS hinggalah ke SET PENYUSUAN LENGKAP. 

















Berminat nak dapatkan info lanjut, boleh hubungi saya di fb saya: http://www.facebook.com/zainatulakma

sms@whatsapp: 013-2408853 (AKMA)

Friday 8 November 2013

Vitamin Kalsium : Ostematrix


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 



Jom kita tengok MANFAAT UTAMA OsteMatrix:
  • Menguatkan tulang - Kalsium mengkalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impul saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur lebih selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentakmeringankan sakit waktu haid (SENGGUGUT) dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D - Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
  • Magnesium - Ini adalah ion positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya mengelakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, penegcutan saraf dan otot, menstabilkan senyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, boron, manganes, kuprum : Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.


TIPS:
Bagaimana memilih KALSIUM premium??

  • Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.




TESTIMONI






Bagi yang berminat nak dapatkan info lanjut tue, boleh directly sms@whatsapp@wechat: 013-2408853
Kita sembang2 lagi, okeh??

Tuesday 5 November 2013

Menjana Income dengan Shaklee

Shaklee..
Satu aura dan fenomena sekarang..
Banyak orang yang bercakap tentang Shaklee, tentang produk2 Shaklee yang terbukti KEBERKESANANNYA..Ramai pula yang dah boleh keluar dari masalah kewangan..

Ya, ianya bukan satu fenomena semata-mata..
Ianya adalah satu permulaan ke arah hidup yang lebih baik baik dari segi kesihatan mahupun dari segi kewangan..dari Shaklee jugak lah telah ramai lahirnya WAHM yang mempunyai kelulusan tinggi yang sanggup melepaskan jawatan-jawatan tinggi yang dipegang semata-mata kerana ingin sentiasa bersama anak-anak..Ingin membesarkan anak sendiri, mempunyai banyak masa bersama keluarga dan semestinya tidak terbeban dengan masalah kerja yang semakin mencabar pada masa kini.

Malah, ramai juga suri rumah sepenuh masa yang berjaya dalam Shaklee..Ingat !!! anda tidak memerlukan pengalaman bertahun-tahun dalam bisnes atau modal beribu-ribu untuk memulakan langkah dalam Shaklee..
Apa yang penting yang harus ada dalam diri adalah keazaman, semangat yang kuat serta tidak mengenal erti putus asa !!..Ya, itu yang paling penting !!!

Selain dari itu, benda wajib yang perlu ada adalah sebuah LAPTOP/TABLET dan INTERNET..
Ini akan memudahkan anda untuk menjalankan perniagaan ini.

Ramai yang bertanya pada saya.. " macam mana buat Shaklee, OK ke?"
Jawapan saya "YA, sangat OK sebab setiap bulan peningkatan mesti ada"
Kalau tak percaya boleh tanya pada SID2 yang lain..Saya pasti jawapan mereka pasti sama. Lagi 1, saya sangat enjoy buat biz ni..Hanya di hujung jari..TAK PERLU bermeeting hingga larut malam, tak perlu pergi dari rumah ke rumah untuk cari customer, tak perlu tinggalkan famili untuk outstation selalu..Sesi coaching dan mentoring adalah secara ON9, kelas2 dijalankan di alam maya, pada masa tu anda boleh baring2 atas katil sambil attend kelas, sambil menyusu anak, makan nasi ataupun sambil buaikan anak tidur..anda juga akan dimasukkan ke Secret Group di mana ada support grup yang akan sentiasa bantu sesama geng jika ada sebarang atau kemusykilan..

Banyak kelebihan lain yang anda akan dapat..banyak sangat nak huraikan, jadi saya simpulkan dalam poster di bawah..

Bagi yang berminat untuk dapatkan info lanjut, jangan segan silu untuk bertanya..FREE jer pun tak perlu bayar YURAN PERTANYAAN pun..hehe (just joking)






NutriFeron ~ Penyokong Sistem Imun Anda ~

Interferon semulajadi didunia telah berjaya dibangunkan oleh Dr. Yasuhiko Kojima selepas kajian selama 40 tahun dilakukan dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba berlainan yang dikenali sebagai Nutriferon. 4 ekstrak tumbuhan berjaya ditetapkan iaitu biji labu, bunga Safflower, honeysuckle Jepun dan biji Plantago. Formula yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.


Antara MANFAAT utamanya adalah:
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - kajian menunjukkan interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfunsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofag.
  • Melawan kanser dan tumor - Interferon semulajdi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi.
  • Melindungi dari influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan stress dan kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan - Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C - Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan menopaus - Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Memperyingkatkan PMS - terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomniadan mood swing.











Berminat untuk dapatkan info lanjut, contact saya..FREE consultation :-)
sms@whatsapp: 013-2408853 (AKMA)
Semestinya BEST PRICE untuk anda !!!


Vivix da BEST !!!



Semalam baru ja sembang2 dgn kwn 1 group masa kursus pasai Shaklee (chinese)..tu pun kes dia nampak masa akma bukak lappy sbb nk order brg customer..trus dia tanya..ni akma flashback semula sembang2 kami semlm...

 erm..terkejut, teruja n hepi sgt sbb dpt komen camtu dari regular customer Shaklee yang sorang ni..tp siyesly cakap kulit dia mmg sangat cantik..gebu..dan dia pn sgt hepi sbb jmpa partner yg jual Shaklee so dia kata senang dia nak order pasni..n pagi tadi masa p awal2 pg ke kursus tu dia cpt2 mntk flyers dari akma..sgt excited tgk dia masa tu..n before balik tu sempat la bgtau dia yg bulan ni bulan promo VIVIX bertambah2 la excitednya dia..hehehe..n akma plak terlebih hepi sbb dia dh order sebotol VIVIX..Alhamdulillah syukur sangat Allah bagi rezeki sebegitu cepat..

S: u jual Shaklee ek?
A: yup, u tau ke Shaklee? pernah guna
S: (angguk laju2 sambil senyum) berapa hrga mealshake skrg?sdh naik hrga ke?
A: mealshake rm **.. u ambil mealshake ke?
S: really? tak naik harga?? bkn ke skrg semua brg naik hrga?? yes, i am
bil mealshake sbb kdg2 i xmkn mlm, i ada gastrik, bila ambil ni perut i tak sakit..lgpn rasa mmg sedap..(sambil senyum)
A: wow..gud..hrga Shaklee xnaik la..maintain jer

Pastu terbuka pulak ke pic VIVIX..

S: now berapa hrga yg botol merah tu? sudah naik ke belom?
A: oo..VIVIX RM ***..u pnh ambil ni ker?
S: harga xnaik jgk??!! wow..best la..i ambil ni masa 1st launch lg masa tu i kat jb..ambil ni u tau x lebih baik dr mnum A**K (W**E)..sgt elok ooo...gud2 nnt i nk order i bgtau u pastu u pos ke sek i..sgt sng..
A: okeh..nnt i bg u flyer..


okeh jom sambung cerita pasal VIVIX ni..pa benda la VIVIX ni ekk??
untuk apa kegunaan dia? ok2 meh nak stori serba sikit:

Vivik merupakan produk supplement revolusionari anti-penuaan pada tahap sellular. Ia merupakan supplement anti-penuaan yang terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada EMPAT mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

4 Mekanisma Penuaan Pada Thap Sellular

1. Kerosakan DNA
- Setiap hari, setiap sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data ginetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. Pengawalan Genetik
- Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel.
- Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. 

4. Penimbunan Protin AGE
- Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine" untuk melambatkan pembentukan protin AGE.

Juga menolong, membantu/menjaga/memelihara:

  • KESIHATAN JANTUNG 
  • KESIHATAN OTAK
  • KESIHATAN SISTEM IMUN
  • KESIHATAN SENDI
  • PERLINDUNGAN ANTIOKSIDAN
  • PENINGKATAN TENAGA PADA TAHAP SELLULAR
  • KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
Selain itu, ia juga MELAWAN PENUAAN SELLULAR dan lebih banyak:


** MELINDUNGI DAN PEMBAIKAN SELLULAR DNA
** MELAMBATKAN PEMBENTUKAN PROTIN AGE
** KEKEBALAN DIPERTINGKATKAN
** MENGGALAKKAN BIOGENESIS MITOCHONDRIA
** MENYOKONG KESIHATAN KARDIOVASKULAR
** IMPAK POSITIF PENGAWAL SELIA GENETIK

Jom kita layan PIC-PIC pulak...






















Nak dapatkan VIVIX dengan HARGA JATUH Y+TERGOLEK???
Jom rebut peluang dapatkan dalam Promosi November BELI 6 PERCUMA 1 !!!
Jika beli 2 BOTOL anda akan dapat keahlian PERCUMA !!

Jangan risau, dengan hanya membeli 1 BOTOL juga anda akan dapat HARGA PROMOSI MUARAH KAW-KAW !!!

sms@whatsapp sekarang: 013-240 8853