Nuffnang Ads

Wednesday 20 November 2013

Apa itu KRISIS PENYEMBUHAN (Healing Crisis) ??



Pernah dengar krisis penyembuhan? Selalu disebut sebagai Healing Crisis (bahasa omputihnyer..hihi)
Mungkin ramai yang pernah dengar, tapi tak ambik pot pun kan?Masuk telinga kanan. keluar telinga kiri..
Jadi harini akma nak berkongsi info tentang healing crisis ni.

Simptom ni akan terjadi pada sesetengah orang yang mula mengambil supplement dietary. Simptom-simptom ini akan kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan oleh tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement, maka krisis penyembuhan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian ini, berkemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh pada masa dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplement dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, berkemungkinan akan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh, dan banyak lagi. Simptom-simptom ini berbeza antara individudan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Sewaktu jangkamasa ini, anda disarankan minum banyak air bersih (air masak putih), rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom penyembuhan, kita akan mudah melalui fasa ini.......

Jom tengok :





No comments:

Post a Comment