Nuffnang Ads

Tuesday 5 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamu'alaikum semua..
Dikesempatan ni Akma nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1435.
Bermula dari waktu maghrib tadi, maka bermulalah Tahun Baru bagi umat Islam seluruh dunia.
Tahun Islam yang dikenali dengan nama Tahun Hijrah..
Peristiwa hijrah berlaku pada Bulan Muharram di mana Nabi Muhammad S.A.W berjihrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah.

Bercerita tentang hijrah ni Akma nak kupaskan sikit tentang hijrah..
Selalu kita lebih terbiasa bila datangnya Tahun baru bagi kalendar Masihi, masing-masing sibuk nak meraikan dan masing-masing sibuk tanam azam..nak capai tu la, nak capai ni la..Tapi bila tahun Islam masuk ke tahun baru, kita ni macam takdak reaksi..sekadar menyanyikan lagu "HIJRAH" yang popular sejak dari zaman kecik-kecik lagi, pastu pagi2 tengok siaran langsung Perarakan Maal Hijrah dan sikit program2 berkaitan..

Tapi pernahkah terlintas kat hati kita ni nak memahami dan mendalami maksud HIJRAH tu??
Ada ka kita berusaha untuk BERHIJRAH bersama-sama dengan bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam ni?Hijrahlah kita walau dengan sedikit penghijrahan..tak apa, asalkan niat kita tu penting..Ikhlas hanya kerana Allah S.W.T..insyaAllah perbuatan/niat kita akan dapat pahala.

Moga2 dengan datangnya bulan baru ni, Akma harap sangat bagi diri Akma sendiri sedang berusaha untuk melakukan penghijrahan..semoga usaha dan niat Akma akan diberkati oleh-Nya..insyaAllah.


No comments:

Post a Comment