Nuffnang Ads

Friday 15 November 2013

TIPS:- Penyusuan Susu Ibu : Diet Untuk Wanita Sihat yang Menyusui

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Tetapi apabila anda mula bercerai susu dengan bayi anda, maka keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu anda makan semasa menyusui bayi?

Anggaplah penyususan badan sebagai motivasi kepada anda untuk terus mengikuti diet yang sihat sepertimana yang telah anda ikuti sepanjang tempoh kehamilan. Fokuskan kepada pengambilan bijirin penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang membekalkan banyak protein, kalsium dan zat besi. 

Pilihlah snek yang yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau dalam tempoh 44 hari berpantang (selepas kelahiran). Walaubagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

1) MINUM BANYAK AIR
Pastikan minum air secukupnya antara 8-12 gelas sehari. Boleh juga jus buah-buahan atau sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadih. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

2) ELAKKAN
~ Pengambilan kafein, alkohol (orang Islam jangan sesekali ambil yer, HARAM) dan toksin kerana ianya boleh meresap ke susu badan, jadi elakkan ambil secara berlebihan.
~ Merokok kerana nikotin juga boleh meresap masuk ke susu badan anda.

3) ZAT BESI
Sangat diperlukan dalam masa penyusuan kerana kebanyakan zat-zat besi yang terkandung di dalam badan telah terkurang dari simpanan semasa tahun-tahun subur.

4) CUBA DULU
Anda boleh mencuba makanan berempah atau pedas untuk mengetahui samada ianya memberi efek kepada bayi atau tidak. Setiap bayi memberikan tindak balas yang berbeza dengan setiap makanan yang diambil ibu mereka.

KETAHUI ADAKAN APA YANG DIAMBIL MEMBERI EFEK KEPADA BAYI

Anda boleh mengetahui jika anak anda senstif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis hingga tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan, atau dalam najisnya warna hijau atau bermukus.


Bagi ibu-ibu menyusu yang memerlukan suppliment tambahan kami di Shaklee ada menyediakan SET PENYUSUAN mengikut bajet anda. Bermula dari SET ASAS hinggalah ke SET PENYUSUAN LENGKAP. 

















Berminat nak dapatkan info lanjut, boleh hubungi saya di fb saya: http://www.facebook.com/zainatulakma

sms@whatsapp: 013-2408853 (AKMA)

No comments:

Post a Comment