Nuffnang Ads

Friday 15 November 2013

Cuti Sekolah..~HOLIDAY~

Hari ni, Ahad 10/11/2013..bermula minggu terakhir persekolahan bagi sekolah-sekolah di Negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. Jadi ikut perkiraan hanya tinggal 4 hari saja lagi bagi sesi persekolah 2013 untuk melabuhkan tirainya..Pejam celik, pejam celik dah hampir setahun kita berada di tahun 2013.

Banyak kisah suka duka sepanjang sesi 2013 ni..
Bagi diri Akma sendiri tahun 2013 merupakan permulaan tahun baru perkidmatan di sekolah baru selepas permohonan bertukar diluluskan..Alhamdulillah, syukur sangat2 Allah dah perkenankan doa Hamba-Nya yang sorang ni..

Setahun di sekolah baru, banyak kenangan kat sini..Alhamdulillah suasana pekerjaan yang jauh lebih baik dari dulu..maksudnya kerja kerja tambahan yang sangat2 kurang dibandingkan dengan sekolah lama..Cuma di sini perlu berdepan dengan masalah disiplin pelajar dan prestasi pelajar. Tapi sekurang-kurangnya masih okey sebab hal-hal macam ni dah terbiasa di mana-mana sekolah pun..

Alhamdulillah setahun di sini dapat sesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan sekerja. Semuanya baik-baik belaka dan tak lokek berkongsi ilmu. Harapnya tahun depan dapat dilalui dengan lebih baik lagi.

Bila sebut time-time cuti camni, mula nak terfikir mana nak tuju..Nak holiday ke mana yer???

Bercerita bab cuti ni, kebetulan bulan 12 ni anak sedara di Pahang nak bertunang, jadi sekali harung la ke majlis dia pastu holiday skali..jimat kos..hehe..Boleh la bawak si kecik ni ke Bukit Gambang sekali lagi.. Dulu penah bawak p dah sekali tapi masa tu kecik lagi..Kali ni boleh bawak ke Safari tu pulak..tengok segala binatang yang ada..Boleh berkelah kat Cherating atau Pantai Balok..Wahhh syokk nyerrr...Anak biasa2 ja tp ummi yang lebih..Pastu ingat nak bawak juga ke Penang, walaupun dekat tp rasanya tahun ni lepas berpindah sekolah tak ke sana lagi..Ada 2 orang "anak tiri" kat sana yang ditinggalkan..Ingat nak p jumpa dengan dorang..InsyaAllah jika diizinkan..

Lagi 1 bercakap bab2 cuti sekolah ni mesti xlari dari Jemputan Perkahwinan..Kenduri sana sini..Setakat ni dah dapat 3 jemputan dari rakan2..ada yang dekat ada yang jauh..Kalau dekat InsyaAllah, boleh hadirkan diri, tapi kalau jauh tu memang tak dapat la..Apa pun TAHNIAH pada rakan-rakan yang bakal berumahtangga, atau pada seaiapa saja yang membaca coretan saya ni. Semoga ikatan yang dibina berkekalan sehingga syurga..



No comments:

Post a Comment