Nuffnang Ads

Tuesday 10 December 2013

Tip Asas Kurangkan "Morning Sickness" / Alahan




Assalamualaikum semua..selamat sejahtera
Sihat ke harini?? Kalau sihat alhamdulillah, pada yang tak sihat tue jangan biar lama-lama tau, kena makan ubat..hehe

Okeh malam nie Akma nak share tip untuk kurangkan "morning sickness" atau pun dalam bahasa melayunya disebut sebagai alahan..Semua tau kan apa tue alahan nie?? Haaa bagi mommies gojes yang pernah pregnant tue mungkin ada yang pernah rasa macam mana alahan tue..Dan ada yang bernasib baik tak rasa alahan..Tak tentu juga alahan nie, ada yang kena ada yang tak kena.....Macam Akma sendiri masa mengandungkan Qaleesya dulu memang takde alahan langsung..Alhamdulillah...Cuma mengidam tue ada la..Nak tau ngidamkan apa...???? hehe..Ummi ngidam nak makan sate ikan jer...bagus tul anak ummi nie, pilih yang murah jer..hihi

Macam Akma takde alahan tapi kawan-kawan kat sekolah ramai yang alah..macam-macam jenis alahnya sampaikan ada yang sampai tak boleh masuk makanan dalam mulut, mesti akan keluar balik...kesian sangat tengok..Bila dah tak makan tue, memang xde tenaga la...



Kat sini Akma nak share sikit tips untuk kurangkan alahan tue:

** Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
Elakkan makan dengan kerana ia akan menyebabkan mual..(macam Akma dulu sampai terlebih-lebih makan..hihi..maklumla dah takde alahan ).

** Karbohidrat
Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa loya dan mual seperti roti dan kentang.

** Hindarkan !!!
Makanan berlemak, berminyak dan pedas kerana akan memburukkan lagi gejala morning sickness nie yer

** Makan EPAL
Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. Juga boleh minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.

** Minum banyak AIR
Minum air yang banyak walaupun sering muntah. minum air masak atau jus buah-buahan segar. Penting untuk pastikan tubuh dapat air yang cukup. Hindari minuman BERKARBONAT atau KAFEIN seperti kopi atau teh.

** Minuman HALIA
Diakui secara tradisi boleh atasi masakah mual.

** Jangan TERUS BANGUN dari tidur
Jangan terus bangun daripada tidur terutama sekali pada waktu pagi.
Duduk dulu kemudian baru bangun pelan-pelan.

** LONGGAR
Pakai abju yang longgar yer jangan yang ketat-ketat sangat. Baju yang ketat akan tekan bahagian perut dan timbulkan masalah loya tue.




Nak dapatkan info produk Shaklee???
pm/sms/wassup/wechat: 013-240 8853 (AKMA)













No comments:

Post a Comment